AM

Pegawai Awam Dilarang Buat Pernyataan Awam Termasuk Dalam Media Sosial - JPA

04/10/2024 08:09 PM

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pegawai awam supaya tidak membuat sebarang pernyataan awam termasuk menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh pihak kementerian atau jabatan.

Menurut hantaran Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.

"Jika disabitkan kesalahan dan mengingkari mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai awam terlibat," menurut hantaran itu.

Hantaran berkenaan turut berkongsi maklumat yang menjelaskan bahawa pegawai awam tidak boleh secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang sebarang isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.

Larangan berkaitan perkara berkenaan dinyatakan secara jelas dalam Peraturan 19(1) dan 19(2) di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk contoh kes dalam Buku Setitik Nila 2.0: Koleksi Pengurusan Kes Tatatertib Pegawai Awam melalui pautan https://docs.jpa.gov.my/.../flipbook/Buku-Setitik-Nila-ver2/.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan