Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya lemah selepas data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan inflasi tinggi.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.11 mata kepada 1,607.39 daripada 1,611.50 semalam.
Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dagangan dengan meningkat 3.39 mata kepada 1,614.89 dan bergerak antara 1,606.51 dan 1,615.84 sepanjang sesi dagangan pagi.
Suasana pasaran negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 450 berbanding 410 manakala 474 kaunter tidak berubah, 1,120 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.91 bilion saham bernilai RM1.18 bilion.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata inflasi AS lebih tinggi daripada jangkaan, dengan IHP dan IHP teras, masing-masing meningkat kepada 2.6 peratus dan 3.3 peratus tahun ke tahun.
“Sasaran inflasi AS ialah dua peratus tetapi data IHP semalam adalah tinggi. Selain itu, pelabur juga mahu lebih banyak rangsangan daripada China untuk memberikan hala tuju kepada pasaran,” katanya kepada Bernama.
Menurut laporan, petunjuk inflasi AS yang berterusan telah meningkatkan ketidakpastian mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada masa akan datang manakala pelabur menunggu langkah-langkah rangsangan tambahan di China.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, SD Guthrie merosot 12 sen kepada RM4.89, Maxis berkurangan 10 sen kepada RM3.53, Maybank susut dua sen kepada RM10.40, Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM14.36 manakala Public Bank kekal tidak berubah pada RM4.47.
Dalam kalangan saham aktif, Life Water merosot lima sen kepada 89 sen, Mpire Global berkurangan 2.5 sen kepada 18.5 sen manakala Cape EMS dan Classita, masing-masing naik 1.5 sen kepada 39 sen dan enam sen serta Mega Fortris menambah tiga sen kepada 62 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 2.06 mata kepada 12,166.58, Indeks FBM 70 meningkat 74.36 mata kepada 17,916.63 manakala Indeks FBM ACE merosot 12.99 mata kepada 5,128.62, Indeks FBM Emas susut 4.64 mata kepada 12,201.07 dan Indeks FBMT 100 berkurangan 7.25 mata kepada 11,903.59.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.21 mata kepada 169.03, Indeks Perladangan susut 19.19 mata kepada 7,700.97 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 16.88 mata kepada 19,174.73 manakala Indeks Tenaga menambah 8.09 mata kepada 829.65.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial