BERITA TERGEMPAR | PM Anwar akan teruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di lapan negeri, bermula di Melaka, 5 April ini -Setiausaha Akhbar | | PM Anwar akan teruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di lapan negeri, bermula di Melaka, 5 April ini -Setiausaha Akhbar | |
JOHOR BAHRU, 25 Mac (Bernama) -- Tiga daerah yang dilanda banjir di Johor telah pulih dengan jumlah mangsa kini berkurangan kepada 909 orang setakat 4 petang ini berbanding 1,853 direkodkan pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa di Johor Bahru, Kluang dan Kota Tinggi telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setelah air surut dan keadaan di kawasan berkenaan didapati selamat.
"Kesemua mangsa daripada 274 keluarga pula masih berlindung di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif di dua daerah terjejas.
"Batu Pahat mencatatkan 617 daripada 191 keluarga, manakala Pontian pula dengan 292 mangsa daripada 83 keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Azmi, keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Batu Pahat yang dijangka mendung, petang ini.
-- BERNAMA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan