DUNIA

Penyelamat China Selamatkan Empat Nyawa Dalam Masa Tujuh Jam Di Myanmar

31/03/2025 12:23 PM

MANDALAY (Myanmar), 31 Mac (Bernama-Xinhua) -- Pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan seorang lagi mangsa yang terselamat dari runtuhan di kawasan perumahan Sky Villa, Mandalay, Myanmar, sekitar 7.20 pagi waktu tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.  

Dalam tempoh tujuh jam, pasukan penyelamat China berjaya menyelamatkan empat mangsa akibat gempa bumi di Myanmar.  

Terdahulu, pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat China serta pasukan penyelamat awam RAMUNION RESCUE berjaya menarik keluar seorang kanak-kanak perempuan dan seorang wanita hamil di bawah runtuhan Sky Villa masing-masing pada 5.37 pagi dan 6.20 pagi waktu tempatan.  

Selain itu, pada 12.40 tengah malam Isnin, pasukan penyelamat China berjaya mengeluarkan seorang wanita dari runtuhan di Hotel Great Wall di Mandalay.  

Dalam satu kejadian di Nay Pyi Taw, pasukan penyelamat dari wilayah Yunnan, China berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah hospital selama hampir 40 jam pada Ahad.  

Pada hari yang sama, anggota pasukan Blue Sky Rescue dari wilayah Hunan, China berjaya mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap di Dewan Buddha Mandalay.  

-- BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan