JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Nepal Didakwa Bunuh Ibu Dan Anak Di Juru

26/11/2025 03:47 PM

BUKIT MERTAJAM, 26 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dan anaknya di Kampung Sekolah Juru, bulan lepas.

Dinesh Kumar Mandal, 35, mengangguk faham sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Hindi di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Sariya Che Hin, 51, dan Nur Afrina Abdul Rahim, 11, antara 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam pada 18 Okt lepas di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan mukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dia akan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah menetapkan 26 Jan depan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat, forensik dan kimia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan