AM

Peruntukan RM12 Juta Laksana Kempen Kelantanku Bersih 2026

08/12/2025 09:58 PM

KOTA BHARU, 8 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM12 juta bagi merancakkan pelaksanaan Kempen Kelantanku Bersih pada 2026, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau berkata peruntukan itu diagihkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan berharap akan dimanfaatkan secara berkesan melalui perancangan teliti untuk memberi impak tinggi kepada rakyat.

“Program Kelantanku Bersih bukan sekadar slogan, ia identiti baharu negeri. Kita mahu Kelantan menjadi negeri yang bersih dari aspek integriti pentadbiran, persekitaran fizikal, amalan hidup rakyat dan nilai spiritual,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2025 di sini hari ini.

Mohamed Fadzli berkata aspek kebersihan tidak boleh hanya dibincangkan di meja mesyuarat sebaliknya mesti dilaksanakan di lapangan termasuk di pasar, kawasan perumahan, taman, kampung dan pekan.

Pada masa sama, beliau mengumumkan pengagihan Improvement Service Fund berjumlah RM5.29 juta kepada semua 12 PBT negeri itu bagi menaik taraf kemudahan awam dan infrastruktur asas.

Beliau berkata dana itu perlu digunakan secara telus, amanah dan strategik supaya rakyat menerima perkhidmatan terbaik.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan