JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak Hilang Dikhuatiri Jatuh Sungai Di Daro

01/02/2026 08:58 PM

SIBU, 1 Feb (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Daro di Kampung Panchor, Daro hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.28 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro telah ke lokasi.

“Menurut laporan, mangsa telah keluar sendiri melalui pintu belakang rumah tanpa disedari ibu dan bapanya.

“Bapa kanak-kanak itu kemudiannya menemukan kesan tapak kaki anaknya menuju ke sungai sekitar 1 tengah hari tadi sebelum menghubungi pihak Bomba,” menurut kenyataan itu.

JBPM Sarawak memaklumkan pihak bomba telah menjalankan pencarian di sekitar tebingan sungai serta hutan di belakang rumah mangsa dalam radius 500 meter.

Pencarian turut dibantu penduduk kampung menggunakan perahu ke hulu dan hilir Sungai Daro.

“Operasi ditangguh pada 6 petang tadi dan akan disambung semula esok pagi,” menurut kenyataan itu

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan