IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine awal bulan ini.
Ong Gim Seong, 38, mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa mengedar dadah dianggar seberat 114.0 gram di sebuah rumah di Taman Tawas Idaman, di sini pada 3.55 petang, 4 Feb.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39b (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39b (2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala Ong tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial