AM

Kerajaan Perkukuh Ekosistem Pekerjaan Gig Secara Adil Dan Inklusif

26/02/2026 09:47 PM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) - Usaha memperkukuh ekosistem pekerjaan gig sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam menyediakan persekitaran yang lebih mampan, adil dan inklusif untuk pekerjanya.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan berkata bagi tujuan itu, satu sesi libat urus bersama penyedia platform ekonomi gig iaitu Grab, Foodpanda, GoGet, ShopeeFood, Lalamove, Bolt, Halo Delivery, Kiddocare dan FastGig telah diadakan.

Beliau berkata perbincangan tersebut merangkumi aspek perlindungan sosial, kebajikan pekerja dan kefahaman perundangan kepada penyedia platform perkhidmatan.

“Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, setiap isu dan pandangan yang dibangkitkan dalam sesi bersama pekerja gig sebelum ini akan saya bawa ke peringkat libat urus seterusnya bersama pemegang taruh lain, termasuk wakil pekerja dan pihak berkepentingan berkaitan, bagi memastikan pendekatan yang diambil bersifat menyeluruh dan seimbang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ramanan berkata Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk memastikan perkembangan ekonomi gig selari dengan agenda pembangunan modal insan negara, selain mewujudkan keseimbangan yang adil antara kepentingan pekerja dan kelangsungan perniagaan platform gig demi kemakmuran bersama.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan