PASARAN > BERITA

BELIAN KUKUH SAHAM PELBAGAI SEKTOR DORONG BURSA MALAYSIA DITUTUP TINGGI

17/03/2025 06:40 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 15.66 mata, atau 1.04 peratus kepada 1,527.81 berbanding 1,512.15 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 5.43 mata lebih tinggi pada 1,517.58, iaitu paras terendah intra hari dan mencapai paras tertinggi 1,531.63 semasa sesi tengah pagi sebelum mengekalkan momentum sepanjang sesi petang.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 708 berbanding 297, sementara 425 kaunter tidak berubah, 994 tidak diniagakan, dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.28 bilion unit bernilai RM2.40 bilion berbanding 3.24 bilion unit bernilai RM2.5 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kepada Bernama indeks utama serantau turut ditutup lebih tinggi, didorong oleh keyakinan terhadap ekonomi China selepas Beijing mengumumkan langkah-langkah bersasar untuk merangsang perbelanjaan.

"Oleh itu, kami berharap momentum pembelian semasa kekal kukuh untuk mewujudkan asas yang teguh bagi kenaikan berterusan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan percaya pemulihan dalam perbelanjaan pengguna China adalah pemangkin positif bagi sektor eksport Malaysia.

"Sektor pembinaan, yang berdepan tekanan jualan yang ketara minggu lepas pulih sejak Jumaat, mencerminkan kembalinya keyakinan para pelabur.

"Pembelian dalam sektor perbankan meningkat, menunjukkan bahawa pelabur kekal berhati-hati dan beralih kepada sektor-sektor yang menawarkan kestabilan dalam tempoh ketidaktentuan pasaran," katanya.

Saham wajaran tinggi seperti Maybank naik 10 sen kepada RM10.42, Public Bank naik enam sen kepada RM4.54, Tenaga Nasional meningkat 16 sen kepada RM13.56, CIMB melonjak 19 sen kepada RM7.25, manakala IHH Healthcare turun satu sen kepada RM7.09.

Bagi saham-saham aktif, Sapura Energy turun setengah sen kepada 4.5 sen, Pertama Digital naik 5.5 sen kepada 11 sen, Silver Ridge dan MYEG masing-masing naik dua sen kepada 24.5 sen dan 95 sen, manakala Nationgate turun satu sen kepada RM1.35.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 124.34 mata kepada 11,424.48, Indeks FBMT 100 meningkat 117.97 mata kepada 11,187.80, dan Indeks FBM Emas Shariah naik 94.42 mata kepada 11,084.00.

Indeks FBM 70 berkembang 185.28 mata kepada 16,323.75 dan Indeks FBM ACE menokok 13.47 mata kepada 4,691.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 273.32 mata kepada 18,796.14, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 1.33 mata kepada 155.06, Indeks Tenaga memperoleh 16.63 mata kepada 735.36, dan Indeks Perladangan naik 46.50 mata kepada 7,416.52.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menurun kepada 1.47 bilion unit bernilai RM2.11 bilion berbanding 1.49 bilion unit bernilai RM2.2 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran meningkat sedikit kepada 1.38 bilion unit bernilai RM144.06 juta berbanding 1.34 bilion unit bernilai RM140.15 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 421.86 juta unit bernilai RM145.16 juta berbanding 409.05 juta unit bernilai RM153.12 juta pada Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 204.44 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (223.84 juta), pembinaan (108.09 juta), teknologi (226.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (101.92 juta), hartanah (105.99 juta), perladangan (22.43 juta), REIT (20.33 juta), dana tertutup (3,000), tenaga (276.68 juta), penjagaan kesihatan (53.63 juta), telekomunikasi dan media (43.14 juta), pengangkutan dan logistik (20.99 juta), utiliti (57.92 juta), dan amanah perniagaan (374,300).

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup esok (18 Mac) sempena Cuti Umum Nuzul Al-Quran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan