PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TINGGI PADA TENGAH HARI

21/03/2025 02:27 PM

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari ini berikutan momentum pembelian dalam saham wajaran tinggi terpilih yang mendorong meningkatkan indeks utama.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.59 mata kepada 1,509.75 daripada 1,504.16 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,503.87 dan bergerak antara 1,503.71 hingga 1,513.23 sepanjang sesi dagangan pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 456 berbanding 302 manakala 397 kaunter tidak berubah, 1,282 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.8 bilion saham bernilai RM995.49 juta.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia berkata inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan sebanyak 1.5 peratus pada Februari 2025, dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM10.24, TNB melonjak 10 sen kepada RM13.60 dan CIMB naik sembilan sen kepada RM6.89.

IHH Healthcare menokok 11 sen kepada RM6.88, Hong Leong Bank menambah 12 sen kepada RM20.52, Public Bank tidak berubah pada RM4.48 dan CelcomDigi rendah satu sen kepada RM3.43.

Bagi saham aktif, Saliran Group dan Ucrest masing-masing naik setengah sen kepada 24.5 sen dan 10.5 sen manakala IJM Corp menokok sembilan sen kepada RM2.09. Kinergy Advancement kekal pada 32.5 sen dan  Lim Seong Hai Capital yang mula disenaraikan di Pasaran ACE susut lima sen kepada 83 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.41 mata kepada 11,329.78, Indeks FBMT 100 menokok 35.36 mata kepada 11,087.19 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 24.43 mata kepada 11,051.

Indeks FBM 70 menokok 29.52 mata kepada 16,303.04 dan Indeks FBM ACE meningkat 29.52 mata kepada 4,808.23.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.28 mata kepada 154.44, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 62.37 mata kepada 18,467.67 dan Indeks Perladangan menambah 20.0 mata kepada 7,471.49 manakala Indeks Tenaga menyusut 0.53 mata kepada 749.77. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan