PASARAN > BERITA

HARGA GMM 20 DI PASARAN TEMPATAN DITUTUP TINGGI, DIDORONG ALIRAN MENINGKAT SERANTAU

24/03/2025 05:32 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 di pasaran getah Malaysia meningkat semula pada Isnin, didorong oleh momentum positif dalam pasaran getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata kenaikan itu juga disokong oleh penurunan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan unjuran getah asli yang positif daripada Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli.

“Harga juga disokong oleh kekurangan bahan mentah yang bermusim di negara pengeluar utama dalam keadaan optimistik terhadap langkah rangsangan China seterusnya.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ketidakpastian mengenai tarif AS ditambah pula dengan ketegangan perdagangan global yang meningkat dan penyusutan harga minyak mentah,” kata peniaga kepada Bernama.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan setakat pukul petang, GMM 20 naik 10.5 sen kepada 890.5 sen sekilogram.

Bagaimanapun, harga susu getah pukal susut satu sen kepada 687.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan