Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh ringgit yang melemah sedikit dan bekalan getah asli yang terhad berikutan musim sejuk dan ramalan hujan di negara-negara pengeluar utama.
Seorang peniaga berkata harapan yang makin meningkat untuk rangsangan ekonomi China yang seterusnya telah menaikkan sentimen global, manakala para peniaga merasa lega kerana agenda tarif AS kurang teruk daripada yang dijangkakan.
“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh kejatuhan dalam penanda aras harga minyak mentah dan data ekonomi AS yang bercampur-campur, berikutan meningkatnya risiko geopolitik dan ketegangan perdagangan global yang berterusan,” katanya kepada Bernama.
Setakat 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik 3.5 sen kepada 890.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 3.5 sen kepada 684 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial