Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya untuk hari ketiga berturut-turut pada Selasa.
Penurunan itu disebabkan peniaga dibebani kebimbangan yang semakin meningkat mengenai permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang susulan ketersediaan alternatif minyak sayuran yang lebih murah, kata peniaga minyak sawit, David Ng.
"Kami melihat paras sokongan pada RM4,150 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,380 setiap tan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 susut RM25 kepada RM4,564 setiap tan, kontrak Mei 2025 turun RM55 kepada RM4,377 dan kontrak Jun 2025 merosot RM60 kepada RM4,245 setiap tan.
Kontrak Julai 2025 menyusut RM52 kepada RM4,146, kontrak Ogos 2025 berkurang RM44 kepada RM4,081 dan kontrak September 2025 kehilangan RM38 kepada RM4,045 setiap tan.
Jumlah dagangan melonjak kepada 103,859 lot daripada 86,568 lot ketika ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 257,257 kontrak daripada 256,611 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk April Selatan turun RM20 kepada RM4,680 setiap tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial