KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan momentum yang lebih lemah dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada akhir dagangan, kontrak semerta bulan Mac 2025 menurun kepada US$3,023.90 setiap auns troy daripada US$3,031.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala April 2025 menyusut kepada US$3,033.70 setiap auns troy daripada US$3,041.70 setiap auns troy sebelumnya.
Kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 semuanya merosot kepada US$3,043.70 setiap auns troy daripada US$3,051.70 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan melonjak kepada 27 lot daripada lima lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 93 kontrak daripada 73 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association (LBMA) pada 24 Mac, harga emas fizikal berada pada US$3,007.75 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial