PASARAN > BERITA

FBM KLCI DITUTUP HAMPIR TIDAK BERUBAH BERIKUTAN SENTIMEN BERHATI-HATI

08/04/2025 08:46 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan.

Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran susut 0.24 mata atau 0.02 peratus kepada 1,443.56 daripada  1,443.80 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka mengukuh 7.63 mata kepada 1,451.43 dan meningkat sehingga 1,454.58 dalam dagangan awal sebelum kembali kepada paras rendah 1,440.89 menjelang akhir sesi dagangan pagi dan kemudiannya beralih dalam sentimen naik turun pada sesi dagangan petang. 

Bagaimanapun pasaran lebih luas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 669 berbanding 367 manakala 419 kaunter tidak berubah, 894 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.32 bilion unit bernilai RM2.83 bilion berbanding 5.35 bilion unit bernilai RM4.67 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran ditutup hampir tidak berubah berikutan prestasi bercampur-campur saham berwajaran tinggi walaupun terdapat aktiviti belian saham semasa harga rendah dalam sektor kesihatan, pembinaan dan pengguna.

"Kami lebih memilih untuk kekal berhati-hati. Bagaimanapun, penilaian semasa FBM KLCI yang rendah memberikan peluang kepada pelabur jangka panjang yang mempunyai kuasa pegangan kukuh untuk membeli pada harga rendah.

“Bagaimanapun, pemain jangka pendek sewajarnya mempertimbangkan untuk berhenti seketika sehingga momentum semakin baik dan dinamik risiko-ganjaran menjadi lebih menggalakkan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berpendapat pelabur yang kembali dalam keadaan berwaspada menunjukkan keyakinan sementara bahawa jualan besar-besaran mungkin telah berakhir walaupun cabaran makroekonomi semasa terus menjejaskan keyakinan.

"Pelabur menghampiri pasaran secara selektif dengan mengawal keyakinan dan pada masa sama menunggu isyarat yang lebih jelas mengenai dasar perdagangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang berkembang.

“Walaupun sentimen agak suram, ia menunjukkan daya tahan yang perlahan berikutan peserta pasaran mengharungi persekitaran risiko yang kompleks dengan penyelesaian yang kukuh," katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun 12 sen kepada RM9.88, Public Bank naik satu sen kepada RM4.22, Tenaga Nasional menambah 10 sen kepada RM13.22, CIMB naik enam sen kepada RM6.68, IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM6.73 dan Petronas Gas susut 58 sen kepada RM15.74.

Dalam kalangan saham aktif, MYEG meningkat enam sen kepada 77 sen, Revenue dan Inari Amertron masing-masing naik satu sen kepada 9.5 sen dan RM1.55, Top Glove menambah lima sen kepada 82 sen, dan Tanco menokok 1.5 sen kepada 80 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.19 mata kepada 10,650.75, Indeks FBMT 100 mengukuh 18.70 mata kepada 10,453.01 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 52.14 mata kepada 10,353.91.

Indeks FBM 70 meningkat 108.69 mata kepada 14,784.56 dan Indeks FBM ACE melonjak 61.18 mata kepada 4,313.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 13.98 mata kepada 17,595.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.56 mata kepada 137.05, Indeks Tenaga meningkat 2.06 mata kepada 644.44 manakala Indeks Perladangan turun 125.04 mata kepada 6,973.76.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.81 bilion unit bernilai RM2.63 bilion daripada 3.01 bilion unit bernilai RM4.37 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 1.18 bilion unit bernilai RM91.02 juta berbanding 1.68 bilion unit bernilai RM114.13 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 336.66 juta unit bernilai RM108.05 juta daripada 648.79 juta unit bernilai RM181.09 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 221.36 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (259.83 juta), pembinaan (126.10 juta), teknologi (418.46 juta), SPAC (sifar),perkhidmatan kewangan (153.74 juta), hartanah (165.28 juta), perladangan (25.93 juta), REIT (15.36 juta), dana tertutup (235,235), tenaga (100.19 juta), penjagaan kesihatan (129 juta), telekomunikasi dan media (37.98 juta), pengangkutan dan logistik (28.59 juta), utiliti (48.61 juta) dan amanah perniagaan (855,900).

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan