PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA TERUSKAN KENAIKAN SESI KEEMPAT BERTURUT-TURUT SUSULAN BELIAN PELABUR INSTITUSI

23/12/2025 07:15 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meneruskan momentum kenaikannya untuk sesi keempat berturut-turut dipacu oleh sokongan berterusan daripada pelabur institusi domestik.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.35 mata atau 0.32 peratus kepada 1,676.64, menandakan paras tertinggi intra hari daripada 1,671.29 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka 2.51 mata lebih rendah pada 1,668.78 dan susut ke paras terendah intra hari iaitu 1,666.96 pada sesi awal dagangan sebelum mendapat momentum kenaikan pada sesi petang.

Bagi keseluruhan pasaran bagaimanapun mencatatkan prestasi negatif dengan jumlah kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 489 berbanding 460.

Sebanyak 608 kaunter kekal tidak berubah, 1,217 tidak diniagakan dan 12 kaunter lagi digantung.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.96 bilion unit bernilai RM1.81 bilion daripada 2.36 bilion unit bernilai RM1.98 bilion pada Isnin.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata apabila akhir tahun semakin hampir, pengimbangan semula portfolio oleh dana-dana besar bertumpu kepada aktiviti dagangan serta ia memberikan sokongan yang stabil kepada indeks.

 Beliau juga berkata sentimen pasaran semakin diperkukuh oleh data ekonomi Malaysia untuk bulan Oktober.

Indeks Pelopor naik 3.6 peratus berbanding tahun lepas kepada 116.2 mata, menunjukkan momentum yang lebih kukuh untuk masa depan sementara pasaran luar juga menyediakan latar belakang yang menyokong.

"Sementara itu, ekuiti Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih tinggi semalam yang diterajui oleh saham teknologi selain meningkatkan minat risiko global dan menyokong kebanyakan pasaran Asia.

"Tumpuan kini beralih kepada sejumlah besar data ekonomi AS termasuk unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga, perbelanjaan peribadi dan data pendeflasi (deflator) serta bacaan perbelanjaan pengguna peribadi (inflasi)," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah enam sen kepada RM10.54, CIMB naik tiga sen kepada RM8.18 dan Tenaga Nasional menokok 12 sen kepada RM13.66.

IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM8.62 manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.52.

Dalam kalangan saham paling aktif, Pharmaniaga berkembang 1.5 sen kepada 29.5 sen, V.S. Industry meningkat 2.5 sen kepada 50.5 sen dan Tanco bertambah 2.0 sen kepada RM1.15 manakala Mega Fortris dan Velesto masing-masing turun setengah sen kepada 78 sen dan 28 sen.

Dalam kalangan saham paling untung, Fraser & Neave menambah 54 sen kepada RM36.54, Nestle melonjak 40 sen kepada RM115.30, PPB naik 38 sen kepada RM11.00 dan Petronas Dagangan berkembang 24 sen kepada RM19.76.

Dalam kalangan saham paling rugi, United Plantations dan BLD Plantation masing-masing menyusut 50 sen kepada RM29.40 dan RM15.30, Negri Sembilan Oil Palms turun 12 sen kepada RM5.63 dan Petronas Gas merosot 10 sen kepada RM18.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 37.29 mata kepada 12,301.48, Indeks FBM Top 100 naik 38.04 mata kepada 12,100.48, Indeks FBM ACE bertambah 6.54 mata kepada 4,832.44, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 43.62 mata kepada 12,106.03 dan Indeks FBM 70 berkembang 50.75 mata kepada 16,875.48. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 43.87 mata kepada 19,665.52 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.71 mata kepada 173.34 sementara Indeks Tenaga kekal tidak berubah pada 766.18 dan Indeks Perladangan turun 2.27 mata kepada 8,234.28.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkembang kepada 1.29 bilion unit bernilai RM1.65 bilion daripada 1.23 bilion unit bernilai RM1.77 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 485.53 juta unit bernilai RM604.73 juta daripada 849.32 juta unit bernilai RM100.87 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menurun kepada 262.36 juta unit bernilai RM96.62 juta daripada 277.20 juta unit bernilai RM106.49 juta semalam.

 Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan 195.31 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (211.09 juta), pembinaan (72.60 juta), teknologi (158.62 juta), perkhidmatan kewangan (51.07 juta), hartanah (180.70 juta), perladangan (15.85 juta), amanah pelaburan hartanah (12.47 juta), dana tertutup (25,400), tenaga (94.61 juta), penjagaan kesihatan (141.39 juta), telekomunikasi dan media (25.95 juta), pengangkutan dan logistik (32.63 juta), utiliti (26.69 juta) serta amanah perniagaan (115,500).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan