POLITIK > BERITA

PRN SABAH: HAJIJI BERDEPAN LIMA PENJURU DI DUN SULAMAN

15/11/2025 12:15 PM

KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berdepan pertandingan lima penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus bagi Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran Ibrahim Terki.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiba di pusat penamaan calon pada 9 pagi bersama-sama pencadang Datuk Abdul Kassim Razali dan penyokong Sylvia Belinggi.

Pada PRN lepas, Hajiji menang kerusi Sulaman dengan majoriti 3,099 undi. 

Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) ditentang calon muda dan muka baharu daripada Barisan Nasional (BN) Dr Shahnon Rizal Thaijuddin selain Mokhtar Hussin (Parti Warisan), Tiaminah @ Siti Aminah Ele (Perikatan Nasional) dan Pajudin Nordin (Parti Impian Sabah).

Terdahulu, penyokong GRS berarak dari ibu pejabat PGRS DUN Sulaman di pekan Tuaran bagi mengiringi Hajiji bersama tiga lagi calon parti itu iaitu Datuk Joniston Bangkuai (DUN Kiulu), Datuk Jasnih Daya (DUN Pantai Dalit) dan Prof Madya Dr Bonaventure Bonaface (DUN Tamparuli). 

DUN Sulaman mempunyai 18,352 pengundi berdaftar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan