POLITIK > BERITA

PRN SABAH: TIADA ARAHAN SOKONG GRS ATAU BN - FUZIAH

24/11/2025 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberikan sebarang arahan kepada ahlinya di Sabah mengenai pihak mana yang perlu disokong di kawasan yang mempunyai kedua-dua calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. 

Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata kepimpinan pusat akan menentukan calon mana yang perlu disokong apabila tiba masanya.

"Pada ketika ini, tiada arahan secara menyeluruh. Kami melakukannya mengikut kes berdasarkan siapa yang lebih berpeluang menang," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan E-Dagang ASEAN 2025 di sini hari ini.

Media melaporkan sebuah cawangan PKR telah menyatakan sokongan untuk calon BN di kerusi Tempasuk yang turut direbut calon GRS.

Hari mengundi PRN Sabah ditetapkan pada 29 Nov ini manakala pengundian awal pada 25 Nov.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan