BEIJING, 22 Dis (Bernama) -- China telah melancarkan operasi khas kastam di seluruh pulau di Hainan Free Trade Port (FTP) di selatan China pada hari Khamis. Pelabuhan tersebut merupakan FTP terbesar di dunia dari segi keluasan, sekali gus membolehkan kemasukan barangan luar negara dengan lebih bebas, serta memperluas liputan sifar tarif dan langkah mesra perniagaan.
Ketika mendengar laporan kerja mengenai FTP pada awal November, Presiden China Xi Jinping menyifatkan operasi khas kastam itu sebagai langkah bersejarah untuk memperluas keterbukaan bertaraf tinggi serta mempromosikan ekonomi dunia yang terbuka. Beliau menyeru agar usaha dipergiat bagi memudahkan aliran rentas sempadan faktor pengeluaran. Xi turut menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran perniagaan bertaraf antarabangsa yang tertinggi.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial