SUKAN > BERITA

TERBUKA DENMARK: DUA BEREGU CAMPURAN NEGARA BERTEMU SESAMA SENDIRI DI SUKU AKHIR

16/10/2025 07:42 PM

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sudah mengesahkan satu slot separuh akhir beregu campuran Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2025 apabila Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal berentap sesama sendiri pada aksi suku akhir esok.

Pada aksi pusingan kedua di Jyske Bank Arena, Odense hari ini, pasangan utama negara Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan banyak masalah untuk mara ke kelompok lapan terbaik selepas menundukkan gandingan China Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying 21-14, 21-11.

Kemenangan itu menyaksikan beregu ranking keempat dunia itu akan berdepan rakan senegara Soon Huat-Shevon yang terlebih dahulu mara selepas mengetepikan gandingan Jepun Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 21-18, 21-13. 

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah bagaimanapun terkandas di pusingan kedua apabila dikejutkan oleh pasangan ranking ke-55 dunia dari Jepun Arisa Igarashi-Chiharu Shida 18-21, 9-21.

Terdahulu, beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae dengan kemenangan straight set 21-19, 21-14.

Beregu ranking ke-24 dunia itu akan meneruskan cabaran di suku akhir menentang pilihan kelima kejohanan dari China Liang Wei Keng-Wang Chang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan