KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Perjalanan pasangan beregu wanita negara Ong Xin Yee-Carmen Ting pada Terbuka Denmark 2025 berakhir selepas tewas kepada Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada pusingan kedua di Odense pada Khamis.
Walaupun bermula dengan baik apabila menang set pertama menentang pilihan ketiga itu 21-19, Xin Yee-Carmen tewas pada dua set seterusnya 10-21, 7-21 dalam tempoh 57 minit semasa kejohanan Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.
Dalam aksi suku akhir hari ini, Hye Jeong-Hee Yong akan menentang rakan senegara Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo yang menyingkirkan pasangan Taiwan Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun 21-11, 17-21, 21-7.
Harapan Malaysia kini terletak kepada juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan menentang rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bagi penentuan tempat ke separuh akhir.
Beregu lelaki profesional negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong juga berpeluang merebut tempat ke separuh akhir dalam perlawanan menentang pilihan kelima Liang Wei Keng-Wang Chang dari China hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial