KOTA BHARU, 31 Okt (Bernama) -- Penolong Ketua Jurulatih Kelantan The Real Warriors (TRW) Akmal Rizal Rakhli mengingatkan pemainnya supaya tidak melakukan kesilapan mudah ketika bertemu Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Bola Sepak Cheras, malam esok.
Akmal Rizal berkata anak buahnya perlu mengurangkan kesilapan bagi mengelak dihukum pemain lawan memandangkan KL City merupakan antara pasukan berkualiti dalam Liga Super.
“Pemain tidak boleh melakukan kesilapan yang membantu lawan menjaringkan gol. Dalam dua perlawanan sebelum ini, pemain melakukan kesilapan dengan memberikan sepakan penalti kepada lawan.
“Perkara itu adalah antara kesilapan mudah yang perlu dielakkan malam esok,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pemainnya diharap melupakan kegagalan merebut slot ke separuh akhir Piala FA selepas tewas di tangan Sabah FC dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada saingan Liga Super.
“Fokus kami untuk meraih kedudukan terbaik dalam liga. Saingan Liga Super juga masih panjang, jadi kami perlu bekerja keras memperbaiki prestasi dari satu perlawanan ke perlawanan,” katanya.
Akmal Rizal menekankan pemain perlu fokus sepanjang 90 minit perlawanan, berdisiplin dan mengutamakan semangat berpasukan bagi memberi saingan kepada KL City.
TRW kini berada di kedudukan keenam dalam carta Liga Super dengan 11 mata, hasil daripada tiga kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter      : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok       : @bernamaofficial