SUKAN > BERITA

MASTERS KOREA: MISI JIMMY-PEI JING RAIH GELARAN SULUNG GAGAL LAGI

09/11/2025 03:52 PM

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Pasangan beregu campuran profesional negara Jimmy Wong-Lai Pei Jing sekali lagi gagal dalam misi meraih gelaran sulung mereka pada kejohanan badminton Masters Korea 2025 di Jeonbuk, hari ini.

Pilihan ketiga kejohanan Super 300 itu, yang beraksi dalam final ketujuh mereka musim ini, dikejutkan 22-24, 18-21 oleh gandingan tuan rumah dan pilihan kelapan Kim Jae Hyeon-Jeoung Na Eun dalam 54 minit di Pusat Kebudayaan dan Sukan Universiti Wonkwang.

Jimmy-Pei Jing, yang membentuk beregu Mac lepas, telah menamatkan saingan sebagai naib juara enam kali tahun ini iaitu pada Cabaran Antarabangsa Vietnam, Siri Antarabangsa Phuket, Terbuka St Denis, Terbuka Macau, Masters Indonesia I dan Masters Indonesia II.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan