SUKAN > BERITA

APG 2025: SKUAD BOLA KERANJANG 3X3 HADIAHKAN PINGAT PERTAMA MALAYSIA

21/01/2026 11:54 AM

Daripada Farah Najihah Zuraimi

NAKHON RATCHASIMA, 21 Jan (Bernama) -- Skuad bola keranjang kerusi roda 3x3 lelaki negara menghadiahkan pingat pertama kontinjen Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2025 selepas meraih gangsa menerusi kemenangan 21-9 ke atas Indonesia di Terminal 21 Korat, hari ini.

Kemenangan itu dicapai hasil kerjasama mantap barisan pemain bimbingan Lim Ming Lip, terdiri daripada Razali Cantik, Muhammad Azzwar Hassan Assari, Muhammad Roozaimi Johari, Muhammad Hafiz Ramli, dan Muhammad Atib Zakaria.

Sepanjang perlawanan, skuad negara mempamerkan aksi bertenaga dengan disiplin tinggi, menguasai tempo permainan dan mengesahkan kemenangan selesa ke atas pasukan serantau tersebut.

Pingat gangsa ini turut menyuntik keyakinan awal kontinjen Malaysia dalam usaha mencapai sasaran 181 pingat keseluruhan, termasuk 55 pingat emas, yang ditetapkan bagi temasya dwitahunan itu.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan