WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR HADIR PADA PERLUMBAAN GP MALAYSIA 2024

03/11/2024 03:46 PM

SEPANG, 3 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hadir ke perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Ketibaan Anwar disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim serta Pengerusi SIC Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan dibawa meninjau ke petak permulaan sebelum perlumbaan MotoGP berlangsung pukul 3 petang.

Selepas perlumbaan bermula, Anwar kemudian beramah mesra bersama pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan GP Malaysia 2024 di pusat media SIC.

Beliau turut mengambil peluang berkunjung ke Pavilion Petronas dan Rakan Muda yang terletak di pekarangan mall area SIC.

Perlumbaan MotoGP hari ini menyaksikan persaingan sengit perebutan gelaran dunia antara juara bertahan Francesco Bagnaia daripada Ducati Lenovo Team dan pencabar terdekatnya, Jorge Martin daripada Prima Pramac Racing.

Martin ketika ini mendahului kedudukan kejuaraan dunia MotoGP 2024 dengan 465 mata manakala Bagnaia pula berada di tempat kedua dengan 436 mata.

Terdahulu, pelumba Moto2 daripada pasukan Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini manakala juara dunia baharu Moto3, David Alonso daripada CFMOTO Gaviota Aspar pula menampilkan tunggangan hebat untuk merangkul gelaran ke-13 musim ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan