WILAYAH - SARAWAK > BERITA

CONTOHI TINDAKAN HAJIJI SERAH SIASATAN ISU RASUAH KEPADA SPRM - AHMAD ZAHID

15/11/2024 06:53 PM

Daripada Zarul Effendi Razali

ABU DHABI, 15 Nov (Bernama) -- Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti yang lain, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berharap agar siasatan tersebut tidak mengganggu sesi perbahasan pembentangan Belanjawan negeri Sabah hari ini dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

“Saya telah meneliti laporan-laporan media tentang rakaman perbualan tersebut dan mendapati pendirian Hajiji harus menjadi pegangan kepada pemimpin parti lain.

“Sebagaimana kita ketahui penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berakhir bulan Oktober 2025 nanti, dan kita harus menjangkakan apa juga (boleh) berlaku bergantung kepada hasil siasatan yang diteruskan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hajiji pada Isnin telah meminta SPRM menyiasat rakaman audio ADUN yang tular dikatakan sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.

Dalam sebuah laporan berita, Hajiji berkata kerajaan negeri sedia beri kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM berkenaan isu berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan