BEIJING, 10 Feb (Bernama-CMG) -- Dasar pengecualian visa untuk rombongan pelancong dari negara ASEAN yang masuk ke daerah Xishuangbanna di provinsi Yunnan, China mula berkuatkuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan pada Isnin Jabatan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) memaklumkan rombongan pelancong (sekurang-kurangnya dua orang) dari 10 negara ASEAN yang memegang pasport biasa dan mengikuti pakej pelancongan agensi tempatan, boleh memasuki daerah Xishuangbanna tanpa visa untuk kunjungan kurang dari enam hari melalui kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Gasa, atau pintu sempadan Mohan yang dilengkapi akses landasan kereta api dan jalan raya.
Menurut seorang petugas NIA, dasar itu merupakan satu langkah penting untuk meningkatkan tahap keterbukaan, memacu pembangunan Yunnan yang berorientasikan Asia Selatan dan Asia Tenggara, serta menyokong perkembangan industri pelancongan di barat daya China.
Pelaksanaan dasar itu kondusif bagi memudahkan mobiliti keanggotaan, selain mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif antara China dengan ASEAN.
Untuk tindakan selanjutnya, NIA akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi yang merupakan sebahagian daripada senario kebangsaan. Langkah ini selari dengan sasaran kerajaan untuk menarik lebih ramai warga asing melancong atau berniaga di negara ini supaya dapat secara konsisten menyuntik kedinamikan ke pasaran pelancongan inbound.
--BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial