KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata kejadian berlaku kira-kira 2.45 petang ketika lelaki berusia 78 tahun berkenaan hendak meletak kereta jenis Proton Saga itu.
Beliau berkata lelaki terbabit dipercayai tertekan pedal minyak lalu melanggar dinding bangunan tempat meletak kenderaan di tingkat 3A itu, menyebabkan ia pecah sebelum kenderaannya terjunam.
“Warga emas itu bernasib baik kerana hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Kawasan itu ditutup bagi kerja-kerja pembaikan segera oleh pihak pengurusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah kereta terjunam dari tempat letak kereta bertingkat dengan pemandunya kelihatan dibantu orang awam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial