WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERHILITAN TERIMA LAPORAN KEHADIRAN BUAYA DI PANTAI PURNAMA

24/02/2025 06:55 PM

PORT DICKSON, 24 Feb (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama, dekat sini dipercayai reptilia sama yang muncul di Pantai Cermin sebelum ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Faizal Izham Pikri berkata pihaknya menerima laporan itu daripada Majlis Perbandaran Port Dickson sebelum menghantar pasukan bagi melakukan pemantauan.

"Pasukan kita ke lokasi hari ini tetapi buaya itu tidak kelihatan, esok kita akan buat pemantauan lagi.

“Setakat ini kita syaki buaya itu sama dengan buaya di Pantai Cermin, kita akan kenal pasti lokasi sebenar penemuan buaya itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Faizal Izham menasihati orang ramai supaya berhati-hati serta menjaga keselamatan diri dan keluarga, selain tidak melakukan provokasi sekiranya ternampak buaya terbabit serta segera melaporkan kepada Jabatan Perhilitan negeri atau pihak berkuasa lain.

Tular menerusi video di aplikasi media sosial mendakwa terdapat buaya di Pantai Purnama dan Pantai Teluk Kemang, iaitu lokasi pantai paling menjadi tumpuan di daerah ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan