WILAYAH - SABAH > BERITA

HANYA TINGGAL TUJUH MANGSA BANJIR DI BEAUFORT

14/03/2025 09:30 PM

KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Hanya tujuh mangsa banjir daripada tiga keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Beaufort setakat 8 malam ini, berbanding 308 orang daripada 99 keluarga petang tadi. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka berada di PPS Dewan PSP Dun Banir.

“Semua mangsa banjir di PPS Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

"Banjir di 10 kampung terjejas di Beaufort semakin pulih,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan