WILAYAH - TIMUR > BERITA

WANITA MAUT, DUA CEDERA KERETA JATUH GAUNG DI KUALA KRAI

15/03/2025 07:30 PM

KOTA BHARU, 15 Mac (Bernama) -- Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu, wanita berusia 72 tahun yang duduk di bahagian belakang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata pemandu kereta, lelaki berumur 21 tahun dan penumpang hadapan, wanita berusia 52 tahun mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kenderaan jenis Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pasir Mas sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung. Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama dalam bulan Ramadan berikutan peningkatan jumlah kenderaan dan faktor keletihan yang boleh menyebabkan mengantuk ketika memandu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan