WILAYAH - TENGAH > BERITA

SULTAN NAZRIN BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA WAKIL MEDIA, NGO, KORPORAT DAN BELIA

15/03/2025 11:14 PM

KUALA KANGSAR, 15 Mac (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berbuka puasa bersama wakil media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah di sini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubir serta Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman dan Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan (DGME) Media Prima Farrah Naz Abd Karim.

Terdahulu pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menerima cek zakat termasuk daripada beberapa syarikat dengan jumlah keseluruhan RM3,250,676 bagi pihak MAIPk.

Penyerahan zakat pada majlis itu didahului zakat perniagaan daripada Boustead Plantations Berhad diwakili Ketua Pegawai Kewangannya Nina Wirasatria Md Husni berjumlah RM250,676, disusuli penyerahan zakat pendapatan individu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal diwakili anaknya Syed Amir Nidzamuddin berjumlah RM2,400,000.

Ia diikuti Empayar Indera Sdn Bhd diwakili Pengurus Besarnya Datuk Hasrin Abdul Rahman berjumlah RM200,000 dan Perbadanan Aset Keretapi diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azhar Ahmad sebanyak RM200,000.

Penyerahan zakat terakhir oleh Public Islamic Bank Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Syamsul Azuan Ahmad Fauzi dengan jumlah RM200,000.

Sultan Nazrin turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama para tetamu serta berkenan berangkat ke majlis santapan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan