WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENDUDUK SIBU DAN KAPIT DIINGATKAN PATUHI ARAHAN BERPINDAH SEGERA

22/03/2025 10:28 PM

SIBU, 22 Mac (Bernama) -- Penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai di bahagian Sibu dan Kapit diingatkan supaya mematuhi arahan untuk berpindah segera sekiranya penempatan mereka dilanda banjir bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya kini sedang menjalankan operasi pemantauan dan penyelamatan di kawasan terjejas.

“Sehingga pagi ini, beberapa kawasan rendah, terutamanya di tebing sungai mengalami kenaikan paras air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar.

“Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah jika diminta,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, pemantauan mendapati paras air di beberapa sungai utama masih tinggi dan pihak bomba bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

JBPM Sarawak akan terus memantau perkembangan banjir dan memberikan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui saluran rasmi JBPM Sarawak, pihak berkuasa tempatan atau menghubungi talian kecemasan 999 untuk sebarang bantuan segera.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan