KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki warga asing yang disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar Subang Jaya menerusi tiga serbuan semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ketiga-tiga suspek, berusia 20-an, ditahan di Taman Puchong Utama, Kota Damansara dan Taman Sentosa Perdana, Klang.
“Susulan penahanan itu, polis menemukan semula barangan mangsa yang di sebuah rumah di Taman Puchong Utama dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kes berasingan, Wan Azlan berkata seorang lelaki dengan 10 rekod jenayah dan narkotik ditahan kerana disyaki mencuri barangan dalam kereta yang diparkir di Taman Subang Mas.
"Suspek diberkas di Taman Alam Nyata, Shah Alam, bersama barangan curi, dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
"Polis menahan suspek di Taman Alam Nyata, Shah Alam serta merampas barangan curi, dengan siasatan mendapati dia memiliki 10 rekod jenayah dan narkotik serta mengaku terbabit dalam kes ini,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial