PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri yang dihoskan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini, hari ini.
Anwar yang tiba bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria, pada 7.57 malam itu, disambut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.
Majlis untuk tetamu kenamaan dan jemputan khas bermula 7 malam itu turut dihadiri anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta perwakilan asing.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Bernama Nasriah Darus.
Kira-kira 20,000 pengunjung hadir memeriahkan majlis itu yang dibuka untuk orang awam bermula 8 malam hingga 11 malam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial