WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI MAUT, PERODUA BEZZA BERLANGGAR DENGAN TRELER DI JALAN CHEMOR

14/10/2025 09:21 AM

IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila Perodua Bezza yang dipandunya berlanggar dengan sebuah treler di Jalan Chemor dekat sini, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian, sejauh 13 kilometer, selepas menerima panggilan pada 3.48 pagi.

"Kemalangan melibatkan Perodua Bezza dengan sebuah treler yang membawa muatan simen mentah. Anggota menggunakan hyraulic cutter untuk memotong sebahagian kereta tersebut untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Shazlean berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan