KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hospital Thomson Kota Damansara (THKD) menyeru golongan lelaki untuk mengambil pendekatan yang lebih proaktif dan holistik terhadap kesihatan mereka, dengan menumpukan perhatian kepada isu utama seperti penyakit jantung, kanser, obesiti dan ketidaksuburan sebelum simptom-simptom itu menjadi lebih serius.
Pakar-pakar di hospital itu memaklumkan bahawa lelaki sering mengabaikan penjagaan pencegahan, dan hanya mendapatkan rawatan perubatan apabila timbul komplikasi — satu trend yang boleh membawa akibat serius.
Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dr Haizal Haron Kamar berkata masalah jantung masih merupakan antara punca utama kematian dalam kalangan lelaki di Malaysia, dengan masalah tidur yang buruk sering meningkatkan lagi risikonya.
“Sleep Apnea bukan sahaja menjejaskan masa rehat anda, tetapi juga kepada jantung. Penurunan paras oksigen secara berulang boleh mencetuskan arrhythmias, menaikkan tekanan darah dan meningkatkan risiko serangan jantung. Jika anda berdengkur kuat atau sering bangun dalam keadaan tidak segar, jangan abaikan tanda-tanda tersebut, dapatkan pemeriksaan jantung dan tidur anda seawal mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.
Kanser kolorektal juga merupakan satu lagi kebimbangan utama. Pakar Perunding Gastroenterologi dan Perubatan Dr Rajesh Kumar Paramasivam berkata penyakit itu sering berkembang secara senyap, sebab itulah saringan awal melalui kolonoskopi amat penting.
“Ramai lelaki mengabaikan saringan usus besar kerana mereka berasa sihat. Namun, kanser kolon sering berkembang secara senyap. Mengesannya pada peringkat awal, sebelum simptom muncul, boleh membuat perbezaan besar dalam kejayaan rawatan dan peluang untuk terus hidup,” katanya.
Obesiti, yang meningkatkan risiko diabetes, penyakit jantung dan ketidaksuburan, juga memerlukan perhatian serius. Pakar Bedah Gastrointestinal Atas dan Bariatrik Dr Reynu Rajan berkata walaupun perubahan gaya hidup adalah penting, sesetengah pesakit mungkin memerlukan intervensi pembedahan.
“Pembedahan bariatrik bukan sekadar membantu menurunkan berat badan — ia juga membantu membalikkan keadaan serius yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes dan penyakit jantung. Bagi pesakit yang sesuai, ia merupakan prosedur yang mampu mengubah hidup, memulihkan kesihatan dan memanjangkan jangka hayat,” katanya.
Merokok kekal sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kanser paru-paru dalam kalangan lelaki. Pakar Perunding Perubatan Pernafasan Dr Mohammed Fauzi Abdul Rani berkata ramai pesakit hanya menyedari mereka menghidap penyakit itu, apabila sudah berada pada peringkat selanjutnya.
“Banyak lelaki hanya mengetahui mereka menghidap kanser paru-paru pada peringkat akhir, ketika rawatan menjadi lebih sukar. Perlindungan terbaik ialah berhenti merokok dan menjalani saringan awal, langkah ini boleh menyelamatkan nyawa anda,” katanya.
Hati berlemak, yang sering disebabkan oleh obesiti dan gaya hidup tidak sihat, juga semakin menjadi suatu kebiasaan. Pakar Perunding Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dr Ruveena Bhavani Rajaram, memberi amaran bahawa hati berlemak yang tidak dirawat, boleh membawa kepada kegagalan hati dan kanser.
“Banyak lelaki tidak menyedari bahawa hati berlemak boleh merosakkan hati dan tubuh secara senyap dari semasa ke semasa. Jika tidak ditangani, ia boleh menyebabkan kegagalan hati dan kanser — tetapi dengan pengesanan awal dan intervensi, ia sepenuhnya boleh dipulihkan,” katanya.
Bagi lelaki yang lebih tua, kesihatan urologi juga menjadi kebimbangan. Pakar Perunding Urologi Dr Hemanth Kumar Ramasamy berkata perubahan pada prostat, merupakan sebahagian daripada proses penuaan semula jadi, namun pemeriksaan berkala adalah amat penting.
“Perubahan pada prostat, sebahagian daripada proses penuaan. Kuncinya ialah kesedaran dan pemeriksaan berkala, supaya kita dapat campur tangan lebih awal dan memastikan kehidupan berjalan lancar,” katanya.
Pakar Perunding Urologi Dr Muhilan Parameswaran berkata ketidaksuburan lelaki lebih kerap berlaku daripada yang disangkakan, menyumbang hampir separuh daripada semua kes ketidaksuburan.
“Lelaki tidak harus teragak-agak untuk mendapatkan penilaian. Banyak punca ketidaksuburan lelaki boleh dirawat dengan perubatan yang tepat pada masanya,” katanya.
THKD dalam kenyataam itu memaklumkan bahawa hospital itu menawarkan penjagaan multidisiplin yang komprehensif merangkumi lebih daripada 60 kepakaran dan subkepakaran, disokong oleh lebih daripada 160 pakar perunding, untuk memenuhi keperluan pelbagai lelaki pada setiap peringkat kehidupan.
Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu, layari www.thomsonhospitals.com atau hubungi +603-6287 1111 atau menerusi WhatsApp +6018-211 1878.
-- BERNAMA
Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel tersebut.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial