KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Daerah Sandakan di Sabah mula dilanda banjir malam tadi, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dan Perak hanya melibatkan satu keluarga setakat pagi ini.
Di SABAH, sebanyak 59 orang daripada 24 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pertanian malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah pada pagi ini.
Di SARAWAK, JPBN melaporkan setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa berkurangan kepada 132 orang daripada 61 keluarga berbanding 141 orang daripada 65 keluarga petang semalam.
Mereka masih berlindung di tiga PPS di Miri susulan banjir serta tanah runtuh melibatkan lima mangsa daripada satu keluarga di PPS SK Angus, PPS SK Suai Niah (119 mangsa daripada 57 keluarga) dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah (empat mangsa daripada dua keluarga).
Di PERAK, hanya terdapat satu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang masih menempatkan mangsa banjir di Hilir Perak membabitkan empat mangsa daripada satu keluarga setakat pagi ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial