WILAYAH - SARAWAK > BERITA

FAHMI UCAP TAKZIAH PEMERGIAN EDITOR VISUAL ASTRO AWANI

14/12/2025 12:42 PM

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Editor Visual Astro AWANI Mohd Kusairi Ishak, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, malam tadi.

Menerusi catatan di Facebook, beliau menzahirkan rasa dukacita menerima perkhabaran tersebut.

“Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Media melaporkan, Allahyarham Mohd Kusairi, 52, meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran susur ke Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Sabtu.

Mohd Kusairi merupakan antara tenaga kreatif yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan video berita dan kandungan media sosial Astro AWANI.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan