WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KUSKOP AKAN BANTU PKS MALAYSIA TEROKA PELUANG BAHARU DI CHINA - SIM

14/01/2026 09:55 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk meneroka peluang baharu di China selaras dengan Strategi ABCD, kata Menteri berkenaan Steven Sim.

Strategi ABCD merangkumi A – Anjakan Produktiviti, B – Birokrasi Dipermudahkan, C – Capaian Modal dan D – Daya Akses Pasaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata hal ini kerana pasaran China dengan 1.4 bilion pengguna merupakan pencetus perubahan bagi usahawan tempatan.

Sim berkata beliau juga telah bertemu dengan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing di kediaman rasminya malam tadi.

“Ouyang telah mencadangkan beberapa saluran untuk membolehkan PKS Malaysia menembusi pasaran China seperti China International Import Expo (CIIE), China-ASEAN Expo (CAEXPO) dan lain-lain,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan