WILAYAH - SARAWAK > BERITA

XI UCAP SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2026

11/02/2026 04:15 PM

BEIJING, 11 Feb (Bernama-CMG -- Presiden China Xi Jinping mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 kepada rakyat pelbagai etnik, saudara setanah air dari Hong Kong, Macau dan Taiwan serta diaspora dan masyarakat keturunan Cina di seluruh dunia pada Selasa. 

Xi berkata demikian semasa menziarahi kader yang bertugas di peringkat akar umbi dan penduduk tempatan di Beijing menjelang sambutan perayaan itu.

Dalam lawatan ke daerah Xicheng, beliau meluangkan masa meninjau sebuah kantin warga emas di Blok Jalan Xinjiekou bagi melihat sendiri kualiti hidangan, harga dan persekitaran kantin berkenaan selain bertanya dengan teliti mengenai setiap perincian dalam perkhidmatan kantin itu.

Beliau kemudiannya beramah mesra dengan sekumpulan pekerja penghantaran yang sedang berehat di situ dan menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan mereka.

Xi kemudian mengunjungi sebuah pangsapuri yang didiami warga emas untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan yang disediakan, termasuk pemeriksaan kesihatan, latihan rehabilitasi dan penjagaan harian. Beliau mendoakan agar golongan itu dikurniakan kesihatan dan umur panjang serta dapat menyambut TBC 2026 dengan selamat.

Mengakhiri siri lawatan itu, Xi melawat pasar sementara di kawasan komersial Longfusi, daerah Dongcheng, yang dibuka sempena sambutan TBC 2026. Xi meninjau gerai yang menjual barangan perayaan dan berbual mesra dengan orang ramai, sambil mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat TBC 2026” kepada penduduk Beijing dan rakyat di seluruh negara China.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan