KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan tiada sebarang permohonan bagi Bantuan Ramadan dan Tuntutan Kredit E-Tunai seperti yang tular menerusi media sosial.
Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, MOF memaklumkan poster “Bantuan Ramadan RM500 one-off” berserta gambar Perdana Menteri itu adalah palsu.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak klik pautan meragukan, tidak berkongsi maklumat peribadi kepada sumber tidak sah dan sentiasa menyemak maklumat melalui saluran rasmi MOF,” menurut hantaran itu.
Orang ramai turut diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web www.mof.gov.my dan media sosial rasmi kementerian itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial