WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KABINET AKAN BINCANG ISU TARIF AS - PM ANWAR

23/02/2026 12:38 AM

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet akan mengadakan perbincangan lanjut pada Jumaat ini, berhubung isu tarif Amerika Syarikat (AS).

“Baru kita respons. Tunggu hari Jumaat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri dan pelancaran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di sini hari ini.

Beliau ditanya berhubung keputusan Mahkamah Agung AS pada Jumaat lepas yang membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif diperkenalkan Donald Trump sebelum ini, dengan memutuskan Presiden AS itu tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang negara berkenaan untuk mengenakan tarif menyeluruh secara unilateral.

Trump kemudian dilapor berkata beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus terhadap negara di seluruh dunia di bawah kuasa baharu selepas Mahkamah Agung membatalkan kempen cukai import globalnya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada masa ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti perkara itu.

Beliau berkata MITI kini menyelaras perkara berkenaan bersama pihak berkepentingan termasuk di Washington serta rakan-rakan di Asia Tenggara bagi menentukan hala tuju seterusnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan