KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan penurunan di pasaran tunai pendasar.
Kontrak Mac 2025, Jun 2025 dan September 2025 turun 6.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,514.0, 1,519.5 dan 1,506.0, manakala April 2025 berkurangan 5.5 mata kepada 1,517.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,321 lot daripada 6,916 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 43,582 kontrak daripada 44,243 kontrak sebelumnya.
Pad 5 petang, FBM KLCI susut 10.15 mata atau 0.66 peratus kepada 1,517.66 daripada paras penutup 1,527.81 pada Isnin.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Selasa bersempena dengan cuti umum Nuzul Al-Quran.
-- BERNAMA