AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Kedah Terus Menurun Kepada 5,592 Orang Malam Ini

24/09/2024 09:02 PM

ALOR SETAR, 24 Sept (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 5,592 orang daripada 1,788 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam  ini berbanding 6,439 mangsa dariapada 2,062 keluarga petang tadi.

Mengikut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa di daerah Kota Setar adalah seramai 3,745 orang daripada 1,217 keluarga yang masih ditempatkan di 16 PPS .

Tiga PPS di daerah yang telah ditutup pada pukul 3 petang tadi adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah dan SK Taman Aman.

Daerah Pendang pula mencatatkan seramai 1,607 orang daripada 491 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS, diikuti Kubang Pasu seramai 181 orang daripada 56 keluarga di dua PPS dan Pokok Sena seramai 59 orang daripada 24 keluarga di satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bacaan paras air di Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 22.03 meter setakat 7 malam tadi.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan