AM > BERITA

TPM Fadillah Tiba Di Laos, Hadiri Mesyuarat Menteri Tenaga ASEAN Ke-42

25/09/2024 06:44 PM

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

VIENTIANE, 25 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Vientiane, Laos, pada petang Rabu bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-42 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 4.15 petang waktu tempatan dan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud serta Timbalan Menteri Tenaga dan Perlombongan Laos Dr Chansaveng Boungnong.

Mesyuarat AMEM ke-42 yang dipengerusikan oleh Laos, akan berlangsung selama dua hari bermula esok dengan kehadiran barisan menteri tenaga perkumpulan itu.

Agenda perbincangan akan menumpukan aspek hala tuju dasar, pembangunan infrastruktur, pelaksanaan program dan perkongsian maklumat, teknologi serta kepakaran berkaitan sektor tenaga dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN.

Fadillah juga dijadual mengadakan perbincangan hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan menteri-menteri tenaga ASEAN, rakan dialog serta pemimpin pertubuhan tenaga antarabangsa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan