PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Kementerian Komunikasi serta menyantuni golongan kurang bernasib baik daripada Jabatan Penerangan (JaPen).
Beliau menyampaikan sumbangan Kelab Kebajikan Penerangan kepada 20 anak dan warga JaPen yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya, pesakit kronik, anak yatim serta ibu tunggal.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.
Pada majlis yang diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, Fahmi turut merakamkan penghargaan kepada warga kementerian kerana berjaya mempamerkan prestasi baik dan membanggakan tahun ini.
Ini termasuk kelulusan dua rang undang-undang (RUU) di bawah kementerian itu oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara iaitu RUU BERNAMA (Pindaan) 2024, antaranya bertujuan menjadikan industri media lebih inklusif.
Turut diluluskan RUU Majlis Media Malaysia 2024 yang antara lain bertujuan membuka jalan ke arah media lebih demokratik, bebas dan beretika di Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial