KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Setiausaha dan ketua-ketua jabatan perlu memberi perhatian serius terhadap isu prapelaksanaan projek seperti status tanah mendap atau wakaf, proses pengambilan tanah, hakisan serta jajaran laluan air.
Beliau berkata kekangan sedemikian tidak boleh berulang kerana ia membawa kepada pembaziran peruntukan dan menjejaskan manfaat pembangunan yang sepatutnya dinikmati rakyat.
“Seyogia, semua pihak terlibat perlu mengutamakan penggunaan sumber, produk dan peralatan tempatan bagi mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan, hatta penjimatan hasil langkah ini wajar disalurkan semula untuk meningkatkan kemudahan asas dan infrastruktur utama rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negara Bilangan 2 Tahun 2025 yang menumpukan perbincangan kepada hala tuju dan penyelarasan projek pembangunan yang melangkaui Rancangan Malaysia Ke-11.
“Ini termasuk garis panduan berkaitan perlindungan dan pengalihan utiliti serta kajian awalan ke arah pengoptimuman pembangunan projek,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial