AM > BERITA

MetMalaysia: Hujan Berterusan Dijangka Landa Beberapa Kawasan Di Sarawak Sehingga Esok

08/12/2025 11:20 AM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap buruk membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada pula, beliau berkata ia melibatkan Sri Aman (Lubuk Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan